Thursday, August 5, 2010

6 cara luahkan "C.I.N.T.A"

cubalah idea-idea yang unik ini untuk meluahkan perasaan cintamu padanya....
cinta tidak semestinya diluahkan dengan mulut, tetapi boleh diluahkan dengan pelbagai cara...
ianya lebih bermakna dan akan dikenang sepanjang hayat seperti kata sebaris ayat inggeris ini your thoughtfulness will speak louder than words!!!!


Add caption


1. album gambar...
beli sebuah album gambar dan letakkan semua koleksi gambar-gambar kamu berdua...
setiap satu muka surat tuliskan kata-kata cinta yang indah,ringkas tetapi padat yang lahir dari hati kamu sendiri....


2. sekuntum bunga
letakkan sekuntum bunga di hadapan pintu rumahnya di pagi-pagi hari...
dia pasti akan gembira apabila melihat ada bunga di hadapan pintu rumahnya sebelum 
keluar bekerja atau ke kolej..walaupun harga sekuntum bunga itu murah, tetapi nilainya pada si dia amatlah berharga lebih berharga dari bendanya sendiri..


3. message puzzle
ini menarik untuk dipraktikkan. kamu buat sebaris ayat cinta kemudiaan 
potong-potongkannya menjadi puzzle.berikan padanya untuk mencantumnya semula. 
kamu pasti tidak akan menyesal melakukan usah ini apabila melihat reaksinya apabila berjaya menyelesaikan puzzle tersebut..


4. puisi romantik
luahkan cintamu melalui puisi atau madah cinta ciptaan kamu sendiri dan berikan padanya. lebih baik lagi semburkan minyak wangi yang paling disukainya di atas kertas tersebut. cara ini akan mengingatkan si dia pada kamu sentiasa...


5. love list
berikan dia satu senarai atau 10 sebab mengapa kamu mencintainya.. tuliskan dengan 
ikhlas dan jujur..sebaiknya kamu hantarkan secara pos padanya..
kalau kamu menghantarnya sendiri ianya tidak lagi jadi istimewa. satu persatu akan ditanyanya semula..biarkan dia bermain dengan perasaannya sendiri...


6. gambar terbaik
lihat balik gambar-gambar yang pernah kamu ambil bersamanya. cari yang paling cantik dan
ada kenangan manis..kemudian letakkan gambar tersebut di dalam bingkai 
berbentuk LOVE dan hadiahkan padanya..

No comments:

Post a Comment