Wednesday, March 30, 2011

orng yang xdpt hidayah



no w0nder la..kena tsunami kn, dha la mghina agama orang siap ckp yang bukan2 plak 2..nti d padang mahsyar seblah lady gaga la k0 ya...tau la k0 2 bkn islam, k0 dng agama k0 suda la..rupanya 0k tp prangai xada bezanya dengan binatang, binatang pn tau jgk bsyukur..truk2(sigh)..nti esk lusa Allah tarik smua nikmat2Nya baru k0 tau..bkn "jasmine slalu hepi" tukar "jasmine mmg b0doh" lg ssuai...ksian jgk 0rg mcm ni..

kepada smua umat islam..wlaupn perkara ini mndatangkn kmarahan kpd kta...bnyk kn la bersabar...

surah al-kahfirun (terjemahan)

[1]Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir![2]
“Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.[3]“Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.
[4]
“Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
[5]
“Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. [6]
“Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.

Saturday, March 26, 2011

IBNU QAYYIM

topic ni yang akan kmi present xlama lg..diperolehi dari sumber yang boleh dipercayai...crdt untuk beliau...


Ibn Qayyim al-Jawziyyah (691/1292 - 751/1350) bukanlah tokoh yang asing dalam kalangan orang Islam, tetapi ramai yang tidak tahu pemikiran dan sumbangannya dalam falsafah ekonomi Islam. Ibn Qayyim banyak membincangkan konsep kekayaan dan kemiskinan, ekonomi dan zakat, konsep faedah, riba al-fadi dan riba al-nasiiah, dan mekanisme pasaran.
Ibn Qayyim atau nama asalnya Shams al-Din Abu 'Abd Allah Muhammad bin Abu Bakr bin Sa'ad, lahir pada 7 Safar 691H bersamaan 9 Januari 1292M di Damsyik. Beliau meninggal dunia pada tahun 751H/1350M ditempat yang sama. Beliau dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan ilmu pengetahuan. Ayahnya merupakan guru pertama yang mengajar Ibn Qayyim tentang ilmu-ilmu asas Islam termasuk ilmu al- fara'id.  
Sebenarnya, beliau telah menuntut pelbagai bidang pengajian dengan beberapa orang ulama terkenal pada waktu remajanya. Antara guru beliau ialah Qadi Sulayman bin Hamzah (711H/1311M), Shaykh Abu Bakr (718H/1318M), al-Majd al-Tunisi (718 H), Abu al-Fath al-Ba'li (709H), al- Saffi al-Hindi (715H), al-Taqi al-Sulayman, Abu Bakr bin 'Abd al-Da'im (718H), Abu Basr bin al-Shirazi (723H), 'Isa al-Mut'im (719H), Isma'il Maktum (716H), dan Ibn Taymiyyah (661 - 728/1263 - 1328). 
........bersambung....penathttp://www.emocutez.com


ok..sambung pemikiran ekonomi IBNU QAYYIM

      terdapat 5 perkara utama pemikiran ibn qayyim dalam ekonomi iaitu:
  • falsafah ekonomi islam
  • perbandingan dan perbezaan antara kekayaan dan kemiskinan
  • kepentingan ekonomi zakat
  • bunga - riba' al-fald dan al-nasi'ah 
  • mekanisme pasaran dan pengharagaan
falsafah ekonomi islam 
-ibnu qayyim 
...............ssh nak buat kesimpulan..rehat kejaphttp://www.emocutez.com

Saturday, March 19, 2011

say s0rry.....

rasa bersalah lantas wjud la entry ini...

1st 0f all saya nak minta maaf kpd kwn2 sya yg pic nya xada d atas...he3..sbnrnya ni baru pcubaan untk ltak pic kta smua..0leh kerana pic anda terbatas d dalam fb agak sukar bg saya untk mgc0py..huhuhu

bg yang xada..nti sya ada kan ya...dun w0ry saya bkn yg pilih kasih punya kawan..hahhahahaa
L0VE U ALL 

Thursday, March 10, 2011

khutbah terakhir...Rasullullah s.a.w

dalam kelas sistem kewangan islam(ski)- berkaitan dengan tajuk riba', then lecturer kami yang baik sangat tu pun suruh la baca khutbah terakhir Rasullullah s.a.w yang ada menyebut  tentang riba' dalam khutbah terakhir beliau...Ya Allah belajar jak topic riba' ni ia seolah-olah menakutkan, bukan takut sebab topic ni little bit difficult tp u all kalau baca ayat al-quran atau hadith yang berkaitan dengan riba'...u can feel wat i feel...
Khutbah ini disampaikan pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.

Wahai Manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap muslim sebagai amanah suci.

Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak
menyakiti kamu lagi.

Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.

Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segal! a urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.

Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,
sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan! , dan tunaikan zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu mampu.

Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak akan ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.

Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah
kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah
Al Quran dan Sunnahku.

Hendaknya orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain.

Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku.

Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.


selepas saya baca dalam kelas...terbayang difikiran..alangkah indah sekiranya saya dapat berjumpa Rasullullah even dalam mimpi pun..banyak dah dosa yang dilakukan layak ka nak jumpa Rasullullah kekasih Allah??